Kelas E-Learning Matematik

8 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-learning diatas permintaan peserta sendiri yang datang ke pusat internet. Kelas ini diadakan bagi memberi ruang kepada peserta untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian. Selain itu, peserta diperkenalkan dengan laman sesawang yang membolehkan peserta untuk membuat latihan matematik secara berterusan dengan berbagai set soalan latihan mengira termasuklah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

Peserta juga turut diajarkan menggunakan aplikasi calculator pada laman sesawang dan juga pada komputer. Tambahan, peserta juga dapat melatih diri membiasakan penggunaan papan kekunci dan tetikus. Kelas yang bermula pada jam 10:00 pagi dan tamat pada jam 12:00 tengahari ini berjalan dengan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali